Saturday, 21 April 2012 03:05
Written by Administrator
MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN 5
SM SAINS JOHOR
Tarikh : 28 April 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Hotel Prime City Kluang
Pada Hari Sabtu, 28 April 2012 yang lalu, SMSJ buat pertama kalinya mengadakan Majlis Graduasi bagi melaksanakan salah satu program jati diri dengan bertema ‘sirih pulang ke gagang’ di samping meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM 2011. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sijil tamat sekolah kepada semua pelajar tingkatan 5 2011 dan sijil Anugerah Perfect Score kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM 2011. Majlis dijalankan di Hotel Prime City Kluang dengan jumlah peserta yang hadir seramai 300 orang. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kluang. Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan daripada pelajar-pelajar SMSJ seperti gamelan, multimedia, tarian zapin dan nyanyian. Majlis tamat pada jam 1.00 tgh.
Read more...