You are here: Home

Majlis Perpisahan Guru

26 Mac - SMSJ telah mengadakan Majlis Keraian Perpisahan pada hari ini di Dewan Sri Karyawan
bagi meraikan bekas guru SMSJ iaitu Tuan Hj Hashim Markom(SBPI Temerloh), Pn Kamariah
Ahmad(bersara) dan En Long(SM Sains Rembau), yang telah banyak membantu dalam keceme-
rlangan SMSJ.

   
   
   

Majlis diserikan dengan persembahan oleh cikgu Long yang juga merupakan guru muzik dengan
tiupan sexafon dan piano dan sedikit ucapan daripada Tn Hj Hashim Markom, Pn Kamariah Ahmad
dan Tuan Pengetua SMSJ, Tuan Hj Nojumuddin Abd Samad. Majlis juga diceriakan oleh persem-
bahan multimedia oleh unit multimedia SMSJ yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4.
Terasa sebak apabila biodata dan gambar-gambar lama rakan-rakan guru yang diraikan ketika
bersama di SMSJ dipaparkan...

   
   
   

Seterusnya, Tuan Pengetua SMSJ, Tuan Hj Nojumuddin Abd Samad menyampaikan cenderahati
kepada Tn Hj Hashim Markom, Pn Kamariah Ahmad dan En Long. Cenderahati adalah sumbangan
daripada pihak sekolah, KEBIRU, pejabat, dan wakil pelajar.

   

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui.
Namun begitu, perjuangan hidup harus diteruskan. Walau jauh dari pandangan mata, akan
tetapi nama guru-guru tetap terpahat dalam hati dan minda warga SMSJ.

   

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, staf sokongan dan pelajar kerana
menjayakan majlis ini.

Print PDF

Back to top

Copyright © smsjohor.edu.my 2014

Template by Free Joomla Templates & Projektowanie stron Szczecin.